I HAVE A PEN,
THE PEN IS BLUE,
I HAVE A FRIEND,
FRIENDS IS YOU........
Bermukun Sarawak Penghibur Sepanjang Zaman
KOLEKSI GAMBAR DAN VIDEO BERTANDK MOHD NUR HAIQAL BIN KAM DAN MOHD NUR HAIZAL BIN KAM SEPANJANG TAHUN 2012.
Selasa, 15 Januari 2013
Bukan sengaja kamek bermain
mari diletak didakam pirin,
mulut manis pada kmk duak,
hati ktk ditempat lain.
hari isnin kuching berlombak,
orang tembirat mati berkayuh,
berani jamin berani bawak,
di dalam surat berkata sungguh.
bukan sengaja kmk berkain,
kain biru sudah lah lusuh,
bukan sengaja kmk bermain,
semadi malu orang menyuruh.
dua cina dua melayu,
dua jepun menjadi enam,
mengapa bunga ku layu,
bangkali pohon salah ditanam.
sembilu 1 sembilu dua,
dilakon oleh awie dan era,
pilih satu antara dua,
pilih dia ataupun saya.
hari ini ku sayur kobis,
kobis ku sayur di dalam kawah,
hari ini ku tentang habis,
tidak mengundur tidak mengalah.
Jom tengok..
sayang kedarat ke padang embun,
nemu terkukur mati berendam,
ku kirim surat beserta pantun,
pakey menghibur rindu ku pendam.
2 tiga kuda berlombak,
si bulu biru memutus tali,
2 tiga adik bertandak,
si baju biru memikat hati.
buah pauh delima pauh,
buah yang muda dipotong empat,
tuan jauh saya pun jauh,
di dalam hati sentiasa rapat.
manis sungguh buah rambutan,
dalam sepompong masak sebiji,
manis sungguh wajah mu tuan,
dalam sekampung payah nak cari.
bagaimana menjemur padi,
siang ku jemur malam ku buat,
bagailah mana menghibur hati,
siang ku hibur malam teringat.
ribu-ribu biji nangkaku,
cincin permata jatuh ke ruang,
kalau rindu sebut namaku,
air mata jangan dibuang.
hendak gugur gugur lah nangka,
jangan menimpa sebatang pauh,
hendak tidur tidurlah mata,
jangan mengenang hai orang jauh.
nemu terkukur mati berendam,
ku kirim surat beserta pantun,
pakey menghibur rindu ku pendam.
2 tiga kuda berlombak,
si bulu biru memutus tali,
2 tiga adik bertandak,
si baju biru memikat hati.
buah pauh delima pauh,
buah yang muda dipotong empat,
tuan jauh saya pun jauh,
di dalam hati sentiasa rapat.
manis sungguh buah rambutan,
dalam sepompong masak sebiji,
manis sungguh wajah mu tuan,
dalam sekampung payah nak cari.
bagaimana menjemur padi,
siang ku jemur malam ku buat,
bagailah mana menghibur hati,
siang ku hibur malam teringat.
ribu-ribu biji nangkaku,
cincin permata jatuh ke ruang,
kalau rindu sebut namaku,
air mata jangan dibuang.
hendak gugur gugur lah nangka,
jangan menimpa sebatang pauh,
hendak tidur tidurlah mata,
jangan mengenang hai orang jauh.
LAGU KESUKAAN KU...
Putus Terpaksa
Seringkali kau menepis tiap persoalan
Ada sesuatu kau sembunyikan
Dari pengetahuanku
Dapat aku merasakan
Ketara perubahan
Setelah jelas terbukti
Sesuatu yang terlarang
Menjadi teman hidupmu
Selain aku...
Demi masa hadapan kita
Aku merayu
Kuncikan keinginanmu
Bernafaslah dalam sejahtera
Ku pasti ruang untuk mu
Masih ada...
Sudah puas ku menghimpun doa
Agar kau berubah
Berpaling membentuk impian hidup kita
Namun tiada oh kudratku untuk
Halang keinginan
Suaraku tak berdaya
Menentang kemahuanmu
Sia-sia belaka aku
Berkorban kasih ku padamu
Sekiranya kau
Masih tak ubah pendirian
Yang hanya menjanjikan
Pemergian ngeri
Yang tak memberi erti
Demi masa hadapan kita
Tak sanggup aku
Bertemankan oh kasihmu
Yang penuh dengan fantasi
Terpaksa jua ku undur diri...
Terpaksa jua ku undur diri...
ADA GIK TOK..
Bakat dicungkil oleh Abang Garip Abang Tek awal tahun 2012.
Mula menyertai pertandingan Bertandak Kategori Kanak-Kanak Sempena PESTA BUNGIN 2012 PADA 18 MAC 2012.
Mereka juga dijemput Bertandak untuk majlis perkahwinan , dan majlis2 tertentu..Seperti Rumah Terbuka Aidilfirti Anjuran Penghulu Kampung Spaoh,Karnival Jelajah Sihat Peringkat Bahagian Betong 2012. dan lain2.
Menjadi Johan Bertandak Pesta Buntal 2012 di Kampung Mangut.
Diperingkat sekolah juga mereka bergerak aktif dalam Seni Bertandak ini.
Jom Bermukun..
KOLEKSI GAMBAR PERTANDINGAN BERTANDAK HAIQAL DAN HAIZAL
daun lakum dibelah belah,datang bersama menbawa kain,
assalamualaikum hai tuan rumah,
kmk dagang tumpang bermain.
tidak pandai menyucuk atap,
menyusun daun ku cuba jua,
tidak pandai membaca kitab,
menjawab pantun ku cuba jua.
kain lama kesumba baru,
kain dijait sulaman tangan,
main lama diulang baru,
supaya tak hilang di telan zaman.
malam hari angkat menulis,
dakwat tertumpah diatas meja,
malam hari angkat menangis,
ngenang kekasih jauh dimata.
pukul 5 menteri masuk,
tutup pintu jendela rapat,
bagaimana hati tak mabuk,
hendak bertemu belumlah dapat.
burung laut terbang ke darat,
mati disambar burung garuda,
jangan diturut hati melarat,
hiburkan saja mana yang ada.
kalau tuan ke kuala lumpur,
singgah sebentar sungai segamat,
kalau hajat ku sudah termakbur,
7 jumaat ku makan selamat.
saya berkirim duit seringgit,
kalau tuan menjadi bulan,
saya menjadi bintang dilangit.
pulau arus pulau mentemu,
daun sireh di ata peti,
bukan bagus kerana ilmu,
sudah purih mengabis hati.
tinggi tinggi simata hari,
anak kerbau mati tertambat,
berapa lama sya mencari,
baruk sekarang saya mendapat.
tanam padi tumbuh lalang,
ditiup angin melayang layang,
walau seribu datang menghalang,
tuan jua tetap ku sayang.
alang sakit kerja kayu,
kerja kayu hulu semanggang,
alang sakit menahan rindu,
rasa di sengat ikan sembilang.
jam ditangan cincin dijari,
buah pauh timbul tenggelam,
berapa lamak saya menanti,
kalau jauh berkirim salam.
baju putih seluar putih,
pakey berjalan meniti batang,
saya kasih tuan pun kasih,
Langgan:
Catatan (Atom)